Terima kasih sangat2!

f@sy@ f@ziD@ (^^)

Tuesday, April 13, 2010

dia dah pandai...

ayrinn tomel mama!dia da pandai sekarang... saat usianya meningkat 11 bulan,dia gemar sekali menggawang-gawangkan kedua-dua tangan cumilnya itu. saat abangnya, adam ingin mencium pipi gebunya, ada kala dia suka, tetapi ada kala dia menolak. saat itu, adam sangat geram dengan ayrinn yang menolak ciumannya itu. ah, adam memang sangat sayangkan adiknya itu. benarkah kata org tua, menanam uri adik-beradik bersebelahan, rapat2, akan mendekatkan hubungan adik-beradik dan saling sayang menyayangi? mungkin ada juga kebenarannya setelah melihat senario ini di depan mataku. si kecil ini juga makin memperlihatkan bakat kebolehannya untuk melangkahkan kainya satu persatu. kata mak langnya, kaki dan tapak kakinya yang 'comel' lambat berjalan. ntah, kini ayrinn sedang mengalunkan langkahnya satu persatu..sungguh cumil melihat bayi yang ku kandung selama 38 minggu ini membesar di depan mata... sungguh indah! takkan terlepas saat itu walau sesaat kerana aku tahu masa itu takkan dapat kuulangi lagi. hidup ini terlalu deras untuk dilalui, akan kumanfaatkan sepenuhnya selagi nadi ini masih berdenyut. terima kasih SYUKUR YA ALLAH, kerana mengurniakan sepasang zuriat buat kami... akan ku jaga dan didik amanah-Mu seadanya...insyaAllah...

Friday, April 09, 2010

Sama saja...

Gegendang telinga aku didengarkan lagi dengan hiruk pikuk suasana itu yang aku sendiri kadang kala tidak tahan lagi menadah telinga untuk mendengarnya. Mujur sayang itu masih laku. Jika tidak, mahu saja kuhumbankan jauh-jauh. Apalah salahnya jika kau hidangkan suasana damai untuk aku rasai ketenangan waima sejenak cuma.

Seumpama bergelandangan di jalanan. Hatimu tetap keras, sekeras batu. Tapi, jika air menitis setiap hari di atas batu itu, pasti akan berlekuk jua. Namun hatimu lebih keras daripada itu. Sukar untuk berlekuk mahupun dilekukkan.

Suci mulus benar wajah itu. Terkesima aku melihatnya. Dia tidak memahami apa-apa. (Buat masa sekarang) Namun, aku yakin yang dia semakin memahami. Kasihan dia...

Thursday, June 05, 2008

Tudung Bawal Bunga Tanjung / Nana Tanjung


Bawal Nana Tanjung = RM 53
Status: Available
Color: Pink, putih, hitam, biru, kuning, cream, merah, biru, hijau, coklat, kelabu, dll. warna menarik