Terima kasih sangat2!

f@sy@ f@ziD@ (^^)

Thursday, April 22, 2010



Saat ini, Ayrinn semakin menghampiri usia 1 tahun. Walaupun pix ini baru saja mama upload (ketika usia 9 bulan), namun Ayrinn tetap maintain. Cuma rambut Ayrinn yang semakin panjang. Wan suruh mama potong rambut Ayrinn agar tetap maintain macam tu, kiut katanya (macam potongan trend masa kini), bezanya rambut Ayrinn semula jadi begitu, bukannya buat hair cut di mana-mana kedai. Mama suka tengok Ayrinn, sooo cute walaupun masa lahir, wajah Ayrinn macam baby boy. Ramai yg tersilap. Abg Adam pula, waktu lahir, ramai yg kata baby girl. Day by day, u r getting fairer. Even ur other part of skin still maintain in tan. Mama don't mind... asal Allah kurniakan Ayrinn dalam keadaan yang cukup sifat, sempurna, dan sihat walafiat tanpa sebarang komplikasi. Ayrinn nak tahu, itulah sahaja doa yang mama panjatkan kepada-Nya sepanjang kehamilan sehinggalah proses pelahiran. Mama nak Ayrinn tahu yang mama sayaaaang sangat pada Ayrinn. Saat Ayrinn sudah pandai membaca, mama akan tunjukkan blog mama dan Ayrinn boleh baca apa yang mama zahirkan di sini. Ayrinn juga boleh buat kenangan saat mama tiada lagi di muka bumi ini. Sesungguhnya, mama buat semua ini untuk Ayrinn (juga untuk abang Adam).

Tuesday, April 13, 2010

dia dah pandai...

ayrinn tomel mama!dia da pandai sekarang... saat usianya meningkat 11 bulan,dia gemar sekali menggawang-gawangkan kedua-dua tangan cumilnya itu. saat abangnya, adam ingin mencium pipi gebunya, ada kala dia suka, tetapi ada kala dia menolak. saat itu, adam sangat geram dengan ayrinn yang menolak ciumannya itu. ah, adam memang sangat sayangkan adiknya itu. benarkah kata org tua, menanam uri adik-beradik bersebelahan, rapat2, akan mendekatkan hubungan adik-beradik dan saling sayang menyayangi? mungkin ada juga kebenarannya setelah melihat senario ini di depan mataku. si kecil ini juga makin memperlihatkan bakat kebolehannya untuk melangkahkan kainya satu persatu. kata mak langnya, kaki dan tapak kakinya yang 'comel' lambat berjalan. ntah, kini ayrinn sedang mengalunkan langkahnya satu persatu..sungguh cumil melihat bayi yang ku kandung selama 38 minggu ini membesar di depan mata... sungguh indah! takkan terlepas saat itu walau sesaat kerana aku tahu masa itu takkan dapat kuulangi lagi. hidup ini terlalu deras untuk dilalui, akan kumanfaatkan sepenuhnya selagi nadi ini masih berdenyut. terima kasih SYUKUR YA ALLAH, kerana mengurniakan sepasang zuriat buat kami... akan ku jaga dan didik amanah-Mu seadanya...insyaAllah...

Friday, April 09, 2010

Sama saja...

Gegendang telinga aku didengarkan lagi dengan hiruk pikuk suasana itu yang aku sendiri kadang kala tidak tahan lagi menadah telinga untuk mendengarnya. Mujur sayang itu masih laku. Jika tidak, mahu saja kuhumbankan jauh-jauh. Apalah salahnya jika kau hidangkan suasana damai untuk aku rasai ketenangan waima sejenak cuma.

Seumpama bergelandangan di jalanan. Hatimu tetap keras, sekeras batu. Tapi, jika air menitis setiap hari di atas batu itu, pasti akan berlekuk jua. Namun hatimu lebih keras daripada itu. Sukar untuk berlekuk mahupun dilekukkan.

Suci mulus benar wajah itu. Terkesima aku melihatnya. Dia tidak memahami apa-apa. (Buat masa sekarang) Namun, aku yakin yang dia semakin memahami. Kasihan dia...