Terima kasih sangat2!

f@sy@ f@ziD@ (^^)

Friday, September 20, 2013

Kini kembali...


Setelah bertahun-tahun meninggalkan aktiviti blogging disebabkan pelbagai faktor. Antaranya malas (paling utama, hihihi... aksi ini bukan untuk ditiru, tak bagus untuk kesihatan minda dan tubuh), tidak serius, kesibukan kerjaya dan menguruskan keluarga seiring dengan pertambahan ahli keluarga. Hikhik. Kini, saya rasa terbuka hati semula untuk berblog. Doakan agar saya istiqomah (dan rajin) agar saya dapat berkongsi ilmu, panduan, tip, dan paling best adalah berkongsi PENGALAMAN yang amat berharga, yang saya percaya setiap insan melaluinya dalam keadaan yang berbeza-beza. Perkongsian bukan sahaja dapat bertukar-tukar fikiran, tapi tahukah anda bahawa perkongsian juga bisa mengubat jiwa yang gundah, meleraikan yang kusut, mencantumkan hati yang retak. Ya, memang benar! Perkongsian akan membuatkan kita berfikir lebih luas, berfikir di luar kotak akan pengalaman yang orang lain lalui. Adakala jika kita merasa tertekan dengan masalah yang kita hadapi dalam meniti kehidupan, sehingga kita hampir PATAH (bsa), namun apabila kita berkongsi dengan orang lain, ternyata kehidupan kita tidaklah seteruk mana. Ada orang lain ternyata melalui pengalaman yang lebih memeritkan, menghadapi bebanan yang lebih tak tergalas di bahunya. Oleh itu, konsep BERSYUKUR (ALHAMDULILLAH) itu ternyata perlu diterapkan dalam diri setiap dari kita. Ucaplah SYUKUR, ALHAMDULILLAH. Semoga perkongsian saya kali ini dapat membuatkan jiwa-jiwa yang kian rapuh kembali bertenaga agar kelam yang menutupi mega bakal memancarkan sinar surianya kembali.Insya-Allah.

Sunday, May 30, 2010

Atur langkahmu...


Finally, Ayrinn dah berjaya melangkah dengan teratur. Comellll sangat mama tengok Ayrinn berjalan pada umur 1 tahun 1 bulan. Lebih kurang macam abg Adam dululah. Lepas ni, mama kena kejar Ayrinn lah pulak..;) Gaya2 feminin jelas terlihat. Ayrinn menguap sambil tutup mulut...Batuk2 kecil pun tutup mulut...sungguh bersopan-santun anak mama nih..Harap2 kekallah sampai besar. Perempuan Melayu Terakhir! (ini filem zaman mama tau Ayrinn. mana tahu zaman Ayrinn nanti dah takde orang sebut2 lagi)..Insya Allah, hari raya nnt lg 2-3 bulan, klu umur kita sama2 dipanjangkan Allah, Ayrinn dapat pakai dress hitam based bunga2 roses kecil kaler merah tu. (mama dah beli awal2 kat Jusco sbb ada sale. berkenan tgok dress tu... nnt raya, mama upload gmbr Ayrinn pakai dress tu).

Wednesday, May 05, 2010



sayang ayrinn...
ayrinn sekarang suka bergurau, ketawa, pandai ajak orang main. abang adam selalu jadi mangsa buli ayrinn..he3..tapi kalau tgh main tu, ayrinn nampak sangat independent. main sensorang, tak kesah pon.. buat ske ati sendiri jerk...i'm proud of you my darling... looks like me!very independent until no one noticed the visibility of me..uhuks..even my m*m..ah...just forget 'bout it! nothing to worry..now i'm married with 2 kids.. what else i want..? urmm..just a happy family!
dear ayrinn...
macam tak sangka mama dapat melepasi masa 1 tahun breastfeed ayrinn. ini satu kejayaan besar buat mama! alhamdulillah. memang itu niat mama since ayrinn ada dalam perut mama selama 4 minggu (actually mama dah niat since i get married with papa. nak breastfeed anak2 exclusively).
ayrinn sayang..
bestnya bila mama dengar ayrinn dok sebut 'mama' 'mama'..sambil tepuk2 mama... terasa sangat disayangi. (coz ayrinn belum panggil 'papa' sangat lagi. adalah sekali dua ter'sebut'// hehe..papa, jgn kecik ati yer.. ayrinn memang anak mama. mama sayang dia sangat2...
1 tahun, berat ayrinn tak naik. tinggi aje yg naik banyak, walhal ayrinn dah makan nasi lembik, tak nak makan bubur dah... isy isy ..nape berat ayrinn tamo naik..? tapi bagus gak coz mama tak penat dukung ayrinn..huhu..

Lahir: 28 April 2009 (Jangkamasa kandungan: 38 weeks 3 days) *abg adam 40 wks 6dys
Berat: 2.9kg
Panjang/ Tinggi: 50.0cm

1 bulan - 4.1kg / 55cm
2 bulan - 4.9kg / 57cm
3 bulan - 5.5kg / 60cm
4 bulan - 6.0kg / 62cm
5 bulan - 6.4kg / 65cm
6 bulan - 7.0kg / 66cm
- - - - - - - - - - - -
1 tahun - 7.5kg / 74cm
(sigh.**) sket jer naik dik, tapi tinggi mencanak2..

Next visit, 28/7/2010.