Terima kasih sangat2!

f@sy@ f@ziD@ (^^)

Sunday, October 13, 2013

Fefeeling Nigella in d' House!


Hampir setiap petang minggu, saya akan 'menari' di dapur. Lazimnya, saya akan memasak untuk sarapan dan kemudian akan memasak untuk makan tengah hari pula. Rutin sebagai seorang isteri dan ibu tidak pernah padam selagi hayat di kandung badan. Semakin anak-anak membesar, semakin 'demand' mereka tinggi untuk makanan itu, makanan ini, minuman itu dan minuman ini. Saya rasa pinggang saya seperti nak patah apabila tiba hujung minggu.

Sememangnya hujung minggu adalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua orang kerana itu peluang untuk berehat selepas 5 hari bekerja. Namun, sesungguhnya bagi wanita bekerjaya seperti saya dan anda semua, dua hari Sabtu dan Ahad ini bagaikan berlalu dengan pantas. Kerja rumah harus pantas dilakukan bagai lipas kudung. Tak menang tangan melayan apatah lagi anak-anak masih kecil. Dalam masa yang sama, tak ingin melihat rumah bagai tongkang pecah. Mainan hanya boleh dimain di dalam bilik. Air, makanan tumpah. Itu sudah biasa. Tugas menyapu sahaja berkali-kali dilakukan dalam sehari. Namun, saya tahu dan sedar, bahawasanya zaman kanak-kanak bagi 3 permata hati saya bakal berlalu dengan pantas jika saya tidak mengendahkan mereka.

Maka, oleh sebab itu saya melayan sahaja pelbagai kerenah mereka, kerana dalam kerenah itu adakala terselit 'kenakalan' yang membuatkan saya tersembur ketawa, sehingga Adam, Ayrinn atau Ayraa terus tergelak besar dan memeluk saya kerana saya sudah tidak tertahan dengan fi'il mereka. "Mama sayang kamu bertiga!" Petang ini, tanpa sesekali tidak terlepas tanggung jawab dek kerana Adam dan Ayrinn asyik mengulang dapur. Buka peti sejuk, cari nata de coco, dapatkan air, puas berlari dan bermain, mencari makanan jajan pula. Aduyai... walaupun makan nasi dah bersuap, tapi tetap mereka asyik mencari sesuatu. Mungkin lapar akibat aktif bermain.

Memandangkan mozarella cheese saya hanya digunakan sekali dan masih berbaki, maka saya pun mula mencari-cari apa menu hi tea untuk petang ini. Akhirnya, terhasillah... *fefeeling ala Nigella*


Nigella Crustless Pizza

Bahan-bahan:
1 biji telur
2/3 (2 pertiga) cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 cawan keju cheddar (diparut) - *saya guna keju mozarella
Hirisan sosej (topping) *Boleh juga dimasukkan hirisan ayam dan capsicum
Sedikit Mix herbs

Cara-caranya:
1. Masukkan telur, tepung, garam, lada hitam, dan susu segar. Gaulkan rata dan sebati.
2. Masukkan separuh daripada keju yang diparut ke dalam adunan tadi. (*Separuh lagi akan ditabur di atas piza nanti.)
3. Letak di dalam bekas yang sesuai (ada yang letak di dalam bekas kaca bulat tahan panas oven.)
4. Bakar selama 30 minit (api atas bawah), suhu 200 darjah celcius atau sehingga tepinya keperang-perangan.
5. Kemudian, keluarkan seketika untuk meletakkan kepingan sosej, cheese, dan mix herbs di atas piza.
6. Bakar semula lebih kurang 5 minit (sehingga keju cair.)

Okey, dah siap! Mudah kan? Resipi kat sini mudah-mudah saja uols! Khas ibu & wanita bekerjaya yang mahukan resipi ekspress dan lazat untuk ahli keluarga. Air tangan tu paling penting tau...!
Hmmm.. pasni, bolehlah anda fefeeling hi tea ala western bersama keluarga tersayang. Muacks!!!

Monday, October 07, 2013

Crispy Nugget Popia with Cheese - Resipi Olahan Sendiri


Hmm... Semasa saya update status di Facebook tentang sarapan pagi dan minum petang saya dengan Popia Nugget with Cheese ini, ada yang bertanya, "Ida, kena goreng dulu ke nugget tu?". Tidak kurang yang bertanya, "Macamana gulung cheese dengan nugget kat dalam tu?"

Baiklah, sebenarnya status saya tu ter 'advance'. Saya tak sempat buat entri tentang resipi dan cara pembuatannya. Untuk merungkai persoalan-persoalan tadi, di sini saya sertakan resipi mudah yang saya sendiri pun tak pernah terjangkau membuatnya. Ini semua gara-gara roti Gardenia yang dibeli untuk bakar dan taruk cheese sudah dihabiskan oleh anak-anak tersayang. Jadi, fikir punya fikir, buka peti sejuk dan belek apa yang ada, maka terhasillah resipi mudah ini. Hew...hew...

Crispy Nugget Popia and Cheese

Bahan-bahan:
20 keping nugget
1 bungkus Kepingan keju cheddar (yang ada 6 slice)
1 bungkus kulit popia saiz kecil
Sedikit air masak untuk gamkan hujung kulit popia yang telah digulung
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya: (kali ni kita layan gambar ye puan-puan)
- Goreng nugget.
- Setelah agak sejuk, potong atau gunting nugget secara dadu.
- Potong/hiris sekeping cheese kepada 5 bahagian.
- Hamparkan bentangkan kulit popia.
- Letakkan sekeping cheese tadi di atas kulit popia.
- Kemudian, letakkan potongan nugget kecil tadi (anggaran 7 butir) ke atas cheese tadi.
- Gulung dan lipat tepi popia, dan gulung sehingga ke hujung.Gamkan hujungnya dengan air.
- Buat sehingga habis.
- Goreng hingga kekuningan.

hMm ... Cheese nya melting di dalam kulit popia. Makan panas lagi best! Mmm... Dap! Dap!Dap!

**Boleh menghasilkan 30 unit popia rangup. Selamat Mencuba resipi ikhlas dari hati saya... Buat anda yang membaca entri ini.
#nantinaktryciptaresipimudahyanglainpulak# Anda semua suka tak...? Ngeh ngeh...

Wednesday, October 02, 2013

Fenomena Wallpaper Melanda Diri


Sebenarnya sudah sekian lama kertas dinding aka wallpaper ini menjadi idaman saya. Walaubagaimanapun, harga yang agak tinggi membuatkan saya makan hati dan gigit jari. Saya hanya asyik melayari Korean Wallpaper di dinding ‘muka buku’ sahaja, menatap satu demi satu gambar album yang sengaja diletak untuk menjadi tatapan umum. Aduh, cair hati melihat setiap rekaan dan warna yang menawan hati. Di dalam fikiran, asyik benar membayangkan. Berbunga-bunga rasa seandainya mimpi menjadi realiti. Suatu hari, ditakdirkan Allah, saya telah melihat satu promosi di Korean Wallpaper. Apa lagi, hati berbunga riang. Ajak Encik Abang pergi bersama. Seronoknya hati tak terkata. Walau tak dapat jenis yang berbunga (premium) dan yang ala-ala 3D, yang saya ‘tangkap’ ini pun dah berjaya menawan hati. Ketika entri ini ditulis, sebenarnya kertas dinding ini sudah lama saya pasang. Kira-kira beberapa bulan yang lalu. Cuma kini baru ditulis.

Nak tahu kenapa saya pilih Korea Wallpaperhttps://www.facebook.com/koreawallpaper.com.my? Sebab... ia lebih lebar dari yang lain. Coraknya juga cantik-cantik, lain dari yang lain. Ada tekstur timbul, ada jenis 3D.
Sewaktu promosi, hanya design batu dan dinding putih berbunga pastel sahaja (ada dalam berbelas-belas rekaan sahaja)yang berharga sebegini.

Apalagi, tepat jam 10:00 malam, saya pun memulakan kerja-kerja pemasangan. Saya ajak Adam (anak teruna saya yang berumur 6 tahun) untuk menemani saya malam itu. Tangga tinggi saya pinjam daripada jiran sebelah rumah. (Tak sempat nak beli tangga sebab terlalu teruja.Hehe... Jiran pun pelik saya pinjam tangga malam-malam. Huhu...) Setelah Ayrinn (4 tahun) dan Ayraa (1 tahun) saya tidurkan awal-awal, (begitu juga papa mereka), kami berdua pun memulakan ‘projek’.


Saya perlu alihkan perabut ke tepi dinding untuk memudahkan kerja menghampar, mengukur dan menggunting/memotong kertas dinding tersebut. Sebelum itu, saya sempat mengintai YouTube untuk mendapatkan video DIY pemasangan kertas dinding Korea Wallpaper. Boleh juga membantu untuk amatur seperti saya. Pita pengukur (nasib baik memang ada) saya lalukan di tepian kertas dinding. Oh, sangat mencemarkan minda. Ukur di dinding sambil memanjat tinggi dan mendongak, dan kemudian ukur kembali ke atas kertas dinding. Kemudian potong dengan berhati-kemudian. Sebelum itu, jangan lupa bancuh gam dengan air di dalam baldi bekas. Semasa mengukur, anda perlu teliti untuk menyamakan corak supaya sama dengan helaian sebelahnya. OH, MEMANG MENCABAR! Tidak seperti yang saya fikirkan pada awalnya. Sememangnya, mengecat itu lebih mudah bagi saya.


Setelah dipotong, ratakan gam menggunakan penggelek di atas kertas dinding. Kemudian, angkat kertas dinding dan tampalkan. Ini memang mencabar! Kertas dinding yang telah diselaputi gam sememangnya BERAT untuk diangkat dan memanjat tangga oleh seorang perempuan (TAPI SAYA TETAP GIGIH SEBAB MINAT BUAT DIY) dan kemudian, gamkan betul-betul. Kemudian, ratakan agar gelembung udara keluar dan kertas dinding menjadi rata. Potong lebihan atas dan tepi, menggunakan pisau yang dibekalkan. Kemudian, teruskan lagi dan lagi sehingga habis menutupi dinding yang dikehendaki. Ada lagi bahagian yang paling mencabar. Bahagian SUIS kipas/lampu dan suis utama. Kita perlu potong X di bahagian tersebut untuk membolehkan kertas itu membolosi suis tersebut. Kemudian, baru kemaskan dan potong lebihan kertas. Jika ada kecacatan, ambil saja lebihan dan tampal kecacatan tersebut.


Kerja-kerja pemasangan ini berjalan selama 6 JAM! Omai... Bermula jam 10:00 malam sehingga 4:00 pagi!!! Oh, terlupa. Adam hanya menemani dan membantu saya menghulurkan pisau sewaktu saya berada di puncak tangga sehingga jam 1.00 pagi sahaja kerana dia tak tahan mengantuk. Tapi, saya OK saja. Masih bertahan kerana tak sabar menantikannya siap. Tak sabar nak SURPRISE kan Encik Hubby keesokan paginya. Selepas selesai kerja-kerja pemasangan, saya hanya dapat tidur 2jam setengah. Dan Encik Hubby serta anak-anak memang teruja sekali apabila melihat dinding sudah bertukar warna. (Namun, mereka tidak tahu betapa seksanya di sebalik pembikinan itu. Kalau ada video , memang best! Huhu...) Dan... inilah HASILNYA! (walau tak secantik mana, tapi saya hargai hasil keringat saya. *inisemuapoyo* ahaks!