Terima kasih sangat2!

f@sy@ f@ziD@ (^^)

Wednesday, June 21, 2006

Biarlah Rahsia...

Siti Nurhaliza Taruddin mmg gemar berahsia, tapi aku... *as** *az**a, boleh berahsia tapi tak mampu menahannya. Apakah yang membuatkan kita berahsia dan apa yg membuatkan kita mendedahkannya? Hati.. hati yg bergelodak, yg tak tertahan lagi menyimpan perasaan itu.Perasaan yang lama-kelamaan akan membuatkan kita tidak lagi boleh berahsia! Arghh..bagaimana untuk aku meluahkannya sedang hati tidak terganggung lagi. Aku bisa jadi gila. Gila memikirkan onar yg menimpa jiwa ini. Mana mungkin bisa kulemparkan , ku buang ia jauh2 kerana hati ini ini masih bergelodak kasih.

Hidup Ini Penuh Kepura-puraan

Memang hidup ni penuh dengan kepura-puraan. Kenapa aku cakap macam tu? Memang ... klu nak diikutkan kita banyak berpura-pura. Lebih2 lagi berpura2 di hadapan orang lain untuk menjaga hati org lain. Berpura-pura tersenyum di hadapan sahabat yang melukai hati kita walaupun sebenarnya hati kita telah diguris luka. Tapi demi untuk menjaga hati mereka, kita terpaksa senyum juga walaupun senyuman itu kelihatan agak kelat dan kaku, juga tidak mempamerkan keikhlasan. Namun itu jualah yg terpaksa kita buat. BERPURA-PURA!

Benarkah kata orang, "hati org yg suka membuat lawak dan mengenakan org sebenarnya lebih sensitif dr org lain yg tidak reti nak berjenaka sgt". Kalau difikirkan , mmg ada benarnya. Itulah yg susahnya. Sahabat kita sering mengenakan kita dengan lawak2 lucunya.Tapi hakikatnya mereka lebih sensitif dr kita. Bila sahabat kita berlawak , kita boleh terima . Plg 2 klu tak boleh terima pun, kita akan diam. Tapi bila kita berlawak balik dgn sahabat kita ni, mereka sensisitf tak tentu pasal . Seolah2 kitalah yg paling kejam dan tak berahti perut mempersendakan mereka. Adakh ini adil ? Sedang sebelum ini kita memendam hati dan perasaan, tapi pas2 klu kita berlawak balik , kita lak yg susah hati sbb nak memikirkan , apa salah aku. Dia berlawak ngn aku kaw..kaw..aku berlawak ngn dia, hanya tempiasnya saja (tak nak berlawak lebih2 lagi sbb tahu betapa terlukanya hati org lain jika berlawak terlebih). Ada gak minah2 sentap yg tak sedar mereka ni sbnrnya sentap, tp terpaksalah layan , sbb mengenangkan sahabat punyer pasal. tp bila difikir2 balik, apa salah aku? kenapa aku dihukum begini? Kenapa asik aku ajer yg perlu memikirkan hati org??????? Asik kena buli ajer...