Terima kasih sangat2!

f@sy@ f@ziD@ (^^)

Wednesday, October 02, 2013

Fenomena Wallpaper Melanda Diri


Sebenarnya sudah sekian lama kertas dinding aka wallpaper ini menjadi idaman saya. Walaubagaimanapun, harga yang agak tinggi membuatkan saya makan hati dan gigit jari. Saya hanya asyik melayari Korean Wallpaper di dinding ‘muka buku’ sahaja, menatap satu demi satu gambar album yang sengaja diletak untuk menjadi tatapan umum. Aduh, cair hati melihat setiap rekaan dan warna yang menawan hati. Di dalam fikiran, asyik benar membayangkan. Berbunga-bunga rasa seandainya mimpi menjadi realiti. Suatu hari, ditakdirkan Allah, saya telah melihat satu promosi di Korean Wallpaper. Apa lagi, hati berbunga riang. Ajak Encik Abang pergi bersama. Seronoknya hati tak terkata. Walau tak dapat jenis yang berbunga (premium) dan yang ala-ala 3D, yang saya ‘tangkap’ ini pun dah berjaya menawan hati. Ketika entri ini ditulis, sebenarnya kertas dinding ini sudah lama saya pasang. Kira-kira beberapa bulan yang lalu. Cuma kini baru ditulis.

Nak tahu kenapa saya pilih Korea Wallpaperhttps://www.facebook.com/koreawallpaper.com.my? Sebab... ia lebih lebar dari yang lain. Coraknya juga cantik-cantik, lain dari yang lain. Ada tekstur timbul, ada jenis 3D.
Sewaktu promosi, hanya design batu dan dinding putih berbunga pastel sahaja (ada dalam berbelas-belas rekaan sahaja)yang berharga sebegini.

Apalagi, tepat jam 10:00 malam, saya pun memulakan kerja-kerja pemasangan. Saya ajak Adam (anak teruna saya yang berumur 6 tahun) untuk menemani saya malam itu. Tangga tinggi saya pinjam daripada jiran sebelah rumah. (Tak sempat nak beli tangga sebab terlalu teruja.Hehe... Jiran pun pelik saya pinjam tangga malam-malam. Huhu...) Setelah Ayrinn (4 tahun) dan Ayraa (1 tahun) saya tidurkan awal-awal, (begitu juga papa mereka), kami berdua pun memulakan ‘projek’.


Saya perlu alihkan perabut ke tepi dinding untuk memudahkan kerja menghampar, mengukur dan menggunting/memotong kertas dinding tersebut. Sebelum itu, saya sempat mengintai YouTube untuk mendapatkan video DIY pemasangan kertas dinding Korea Wallpaper. Boleh juga membantu untuk amatur seperti saya. Pita pengukur (nasib baik memang ada) saya lalukan di tepian kertas dinding. Oh, sangat mencemarkan minda. Ukur di dinding sambil memanjat tinggi dan mendongak, dan kemudian ukur kembali ke atas kertas dinding. Kemudian potong dengan berhati-kemudian. Sebelum itu, jangan lupa bancuh gam dengan air di dalam baldi bekas. Semasa mengukur, anda perlu teliti untuk menyamakan corak supaya sama dengan helaian sebelahnya. OH, MEMANG MENCABAR! Tidak seperti yang saya fikirkan pada awalnya. Sememangnya, mengecat itu lebih mudah bagi saya.


Setelah dipotong, ratakan gam menggunakan penggelek di atas kertas dinding. Kemudian, angkat kertas dinding dan tampalkan. Ini memang mencabar! Kertas dinding yang telah diselaputi gam sememangnya BERAT untuk diangkat dan memanjat tangga oleh seorang perempuan (TAPI SAYA TETAP GIGIH SEBAB MINAT BUAT DIY) dan kemudian, gamkan betul-betul. Kemudian, ratakan agar gelembung udara keluar dan kertas dinding menjadi rata. Potong lebihan atas dan tepi, menggunakan pisau yang dibekalkan. Kemudian, teruskan lagi dan lagi sehingga habis menutupi dinding yang dikehendaki. Ada lagi bahagian yang paling mencabar. Bahagian SUIS kipas/lampu dan suis utama. Kita perlu potong X di bahagian tersebut untuk membolehkan kertas itu membolosi suis tersebut. Kemudian, baru kemaskan dan potong lebihan kertas. Jika ada kecacatan, ambil saja lebihan dan tampal kecacatan tersebut.


Kerja-kerja pemasangan ini berjalan selama 6 JAM! Omai... Bermula jam 10:00 malam sehingga 4:00 pagi!!! Oh, terlupa. Adam hanya menemani dan membantu saya menghulurkan pisau sewaktu saya berada di puncak tangga sehingga jam 1.00 pagi sahaja kerana dia tak tahan mengantuk. Tapi, saya OK saja. Masih bertahan kerana tak sabar menantikannya siap. Tak sabar nak SURPRISE kan Encik Hubby keesokan paginya. Selepas selesai kerja-kerja pemasangan, saya hanya dapat tidur 2jam setengah. Dan Encik Hubby serta anak-anak memang teruja sekali apabila melihat dinding sudah bertukar warna. (Namun, mereka tidak tahu betapa seksanya di sebalik pembikinan itu. Kalau ada video , memang best! Huhu...) Dan... inilah HASILNYA! (walau tak secantik mana, tapi saya hargai hasil keringat saya. *inisemuapoyo* ahaks!

12 comments:

Netty Ah Hiyer said...

cantik rumah ida. shoot deko boleh? hehe

elin shazlin said...

Fazid....cantiknyer!

elin shazlin said...

Ujung tahun ni aku nak pindah...nanti boleh upah kau jer...huhuhu

elin shazlin said...
This comment has been removed by the author.
elin shazlin said...

Berapa kos semuanya fazid utk wallpaper kau tu?

elin shazlin said...

Berapa kos semuanya fazid utk wallpaper kau tu?

fasyafazida said...

Kak net, hr tu nisa pun nak shoot. Tp umah x sepenuhnya cantik lg. ;)

fasyafazida said...

Elin, tq. Better ko hire org pasang. Ekekek... Aku buat ni suka2 jer. Ko pindah mana lak?

fasyafazida said...

Kosnya murah Sbb aku beli time sale. Rm108 per roll. 2 rolls baru rm216. Installation da free. Klu tak rm250 per roll. 2 rolls dah rm500. Klu beli harga biasa, myb rm300++ per roll. Ada yg rm600. Ada yg cecah ribu tgok jenis.

elin shazlin said...

Aku pindah kat saujana rawang...dekat jer dr umah aku yg sekarang

elin shazlin said...

Ok....nanti nak riki lah...

elin shazlin said...

Aku pindah kat saujana rawang...dekat jer dr umah aku yg sekarang