Terima kasih sangat2!

f@sy@ f@ziD@ (^^)

Wednesday, October 11, 2006

Lebih kurang dua minggu lagi, Ramadhan akan berlalu... Satu persoalan, apa kebaikan dan kebajikan yang telah aku lakukan pada bulanmulia ini? Berapa percent sangat ibadah yang telah disempurnakan.. Aku rasa diri ini kerdil sangat..kerdil di sisi Tuhan-Allah. Kerdil di sisi manusia..kerdil di mana-mana. Aku bukan insan yang sempurna (memang sumer insan tak sempurna).. Di bulan barakah ini pun, aku tidak mampu membuat amal ibadah yang sempurna. Ya ALLAH, sesungguhnya aku takut dengan hari kematian tetapi aku masih tidak mampu melawan segala godaan dunia. Perasaan takut itu ada, namun adakala sikap "tak apa", "nanti dulu" itu membuatkan pahalaku terbarai...

Aku macam budak kecik lak. Tak sabar nak tunggu raya. Bukannya dapat duit raya pun, tapi aku seronot nak beraya sendiri, di rumah sendiri, bersama kuihraya yang aku buat sendiri..langsir n baju raya yg aku jahit sendiri. Itu yg best..juga rendang dan ketupat yang aku baru nak test buat sendiri..hehehe.

Tuesday, September 19, 2006


Wat A Wonderful Day…

Satu cara untuk melepaskan ketegangan adalah dengan memasak. Masaklah apa saja asalkan hasilnya memberangsangkan. Lebih baik, cuba resepi baru dan mudah2an hasilnya menjadi! Kalau tidak, bukankah ia hanya akan menambahkan ketegangan. Hasilnya terbukti! Semalam, aku baked a chocolate cake. Moist lagi… erm… yummy! Aku siap tapau kan mak aku, suruh dia rasa whether menjadi atau tidak. Keputusannya ..wallah! Mak aku siap kata, “kau buat jual ker kek ni?”. Aku pun dengan kembang kempisnya kata, bawak kat opis tadi, terus sorang akak kat opis order kek tu. Termalu lak aku. Almaklumlah ..resepi ni baru 1st trial. Pasni bolehlah aku buat bisnes kek n muffin kecil2an. Jumaat ni, dept aku buat potluck. Yelah, saat2 meniti menjelangnya Ramadhan ni, nak gak buat makan2. So aku akan buat kek n roti jala bersama kari ayam. Cewah…! Pergh…aku memang suka roti jala n kari pekat. So hari Jumaat ni kami akan melantak sepuas2nya. Tapi aku rasa yg pompuan2 ni takdelah kejam sangat bila ambil segala makanan yg terhidang, tapi kaum2 Adam ini pastinya akan menyerbusebelum Jumaat prayer seolah2 tiada lagi makanan utk keesokan harinya. Maklumlah depa ni kan perlu lebih tenaga (kata depa la), sbb tulah kena makan byk sket. Makanlah, kitorg tak kisah, tapi…paham2 ajerlah .. nak gi semayang Jumaat karang tak larat nak ruku’. Nak dgr khutbah pon boleh tido..hehehe…kenyang sangat. Tapi potluck kali ni mmg best. Menu ala2 hari raya. Ch* h akan masak rendangnya yg pofular tu, *inda akan bawak lodeh n kuah kacang (yg mak dia masak sbb dia tinggal ngn mak dia, even dia baru jer engaged last week), pas2 ada la yg nak bawak mihun utk sblh pagi, nugget, sandwich, etc. satu hari kitorg nyer potluck ni. ada 3 session. Inilah dia email yg tertera tentang juadah2 yang akan disajikan. Amacam, menyerlerakan tak?

Makan² Gen-y Sempena Menyambut Ramadan

Hari: Jumaat (22 September 2006)
Masa: Pagi hingga petang

Menu:

Pagi

Mihun
Lontong
Sandwic
Nugget
Telor rebus
Teh O
Nasi Impit
Kuah lodeh
Sambil tumis

Tengah hari

Nasi putih
Rendang ayam
Nasi Impit
Kuah kacang
Kuah lodeh
Sambil tumis
Lodeh
Rendang ayam
Sambal kacang/Sambal tumis
Nasik putih
Air Sirap limau


Petang

Roti Jala
Agar² Jelly
Spagetti Boloignaise
Air Sirap limau

Notes:

Sila bawak sendiri pinggan, cawan & sudu sendiri dari rumah ye….

Sesiapa yang nak secara sukarela nak bawak juadah lain, dialu²kan ye. Tq!

Don't worry, makanan disediakan oleh chef-chef terkenal. Makan je lah.... :)

Itulah makanya, maka seusai sahaja sesi makan2 ni, maka kita akan bercuti selama dua hari dan bolehlah menunaikan ibadah puasa dengan family tercinta, bersahur dan berbuka bersama2. Saat ini, aku miss tahun ni. Tapi itu tidak bermakna aku keseorangan walaupun tanpa keluarga di sisi. Ini kerana ada my luvly asben yg akan menemani di kala sahur, tetapi tidak tercapai hasrat utk berbuka berbuka bersama setiap hari kerana kengkangan masa berkerja yg tak sama. Apa boleh buat… mungkin next year aku boleh melalui saat2 manis itu bersamanya. Kan my dear, kan..;)

Thursday, September 14, 2006



PENCINTA WANITA

Ku temukan dalam pencarian
Cinta sejati untuk hidupku
Kurang lebih yang seperti dia
Kuharap dalam cintaku

Ku tak mahu menjanjikannya
Pasti bahagia bila denganku
Biar dia rasakan sendiri
Betapa gilanya cintaku

Aku memang pencinta wanita
Namunku bukan buaya
Yang setia pada seribu gadis
Ku hanya mencintai dia

Aku memang pencinta wanita
Yang lembut seperti dia
Kini saat kuakhiri semua
Pencarian dalam hidup
Cintaku ternyata
Yang kumahu hanyalah dia

Wednesday, June 21, 2006

Biarlah Rahsia...

Siti Nurhaliza Taruddin mmg gemar berahsia, tapi aku... *as** *az**a, boleh berahsia tapi tak mampu menahannya. Apakah yang membuatkan kita berahsia dan apa yg membuatkan kita mendedahkannya? Hati.. hati yg bergelodak, yg tak tertahan lagi menyimpan perasaan itu.Perasaan yang lama-kelamaan akan membuatkan kita tidak lagi boleh berahsia! Arghh..bagaimana untuk aku meluahkannya sedang hati tidak terganggung lagi. Aku bisa jadi gila. Gila memikirkan onar yg menimpa jiwa ini. Mana mungkin bisa kulemparkan , ku buang ia jauh2 kerana hati ini ini masih bergelodak kasih.

Hidup Ini Penuh Kepura-puraan

Memang hidup ni penuh dengan kepura-puraan. Kenapa aku cakap macam tu? Memang ... klu nak diikutkan kita banyak berpura-pura. Lebih2 lagi berpura2 di hadapan orang lain untuk menjaga hati org lain. Berpura-pura tersenyum di hadapan sahabat yang melukai hati kita walaupun sebenarnya hati kita telah diguris luka. Tapi demi untuk menjaga hati mereka, kita terpaksa senyum juga walaupun senyuman itu kelihatan agak kelat dan kaku, juga tidak mempamerkan keikhlasan. Namun itu jualah yg terpaksa kita buat. BERPURA-PURA!

Benarkah kata orang, "hati org yg suka membuat lawak dan mengenakan org sebenarnya lebih sensitif dr org lain yg tidak reti nak berjenaka sgt". Kalau difikirkan , mmg ada benarnya. Itulah yg susahnya. Sahabat kita sering mengenakan kita dengan lawak2 lucunya.Tapi hakikatnya mereka lebih sensitif dr kita. Bila sahabat kita berlawak , kita boleh terima . Plg 2 klu tak boleh terima pun, kita akan diam. Tapi bila kita berlawak balik dgn sahabat kita ni, mereka sensisitf tak tentu pasal . Seolah2 kitalah yg paling kejam dan tak berahti perut mempersendakan mereka. Adakh ini adil ? Sedang sebelum ini kita memendam hati dan perasaan, tapi pas2 klu kita berlawak balik , kita lak yg susah hati sbb nak memikirkan , apa salah aku. Dia berlawak ngn aku kaw..kaw..aku berlawak ngn dia, hanya tempiasnya saja (tak nak berlawak lebih2 lagi sbb tahu betapa terlukanya hati org lain jika berlawak terlebih). Ada gak minah2 sentap yg tak sedar mereka ni sbnrnya sentap, tp terpaksalah layan , sbb mengenangkan sahabat punyer pasal. tp bila difikir2 balik, apa salah aku? kenapa aku dihukum begini? Kenapa asik aku ajer yg perlu memikirkan hati org??????? Asik kena buli ajer...