Terima kasih sangat2!

f@sy@ f@ziD@ (^^)

Tuesday, September 19, 2006


Wat A Wonderful Day…

Satu cara untuk melepaskan ketegangan adalah dengan memasak. Masaklah apa saja asalkan hasilnya memberangsangkan. Lebih baik, cuba resepi baru dan mudah2an hasilnya menjadi! Kalau tidak, bukankah ia hanya akan menambahkan ketegangan. Hasilnya terbukti! Semalam, aku baked a chocolate cake. Moist lagi… erm… yummy! Aku siap tapau kan mak aku, suruh dia rasa whether menjadi atau tidak. Keputusannya ..wallah! Mak aku siap kata, “kau buat jual ker kek ni?”. Aku pun dengan kembang kempisnya kata, bawak kat opis tadi, terus sorang akak kat opis order kek tu. Termalu lak aku. Almaklumlah ..resepi ni baru 1st trial. Pasni bolehlah aku buat bisnes kek n muffin kecil2an. Jumaat ni, dept aku buat potluck. Yelah, saat2 meniti menjelangnya Ramadhan ni, nak gak buat makan2. So aku akan buat kek n roti jala bersama kari ayam. Cewah…! Pergh…aku memang suka roti jala n kari pekat. So hari Jumaat ni kami akan melantak sepuas2nya. Tapi aku rasa yg pompuan2 ni takdelah kejam sangat bila ambil segala makanan yg terhidang, tapi kaum2 Adam ini pastinya akan menyerbusebelum Jumaat prayer seolah2 tiada lagi makanan utk keesokan harinya. Maklumlah depa ni kan perlu lebih tenaga (kata depa la), sbb tulah kena makan byk sket. Makanlah, kitorg tak kisah, tapi…paham2 ajerlah .. nak gi semayang Jumaat karang tak larat nak ruku’. Nak dgr khutbah pon boleh tido..hehehe…kenyang sangat. Tapi potluck kali ni mmg best. Menu ala2 hari raya. Ch* h akan masak rendangnya yg pofular tu, *inda akan bawak lodeh n kuah kacang (yg mak dia masak sbb dia tinggal ngn mak dia, even dia baru jer engaged last week), pas2 ada la yg nak bawak mihun utk sblh pagi, nugget, sandwich, etc. satu hari kitorg nyer potluck ni. ada 3 session. Inilah dia email yg tertera tentang juadah2 yang akan disajikan. Amacam, menyerlerakan tak?

Makan² Gen-y Sempena Menyambut Ramadan

Hari: Jumaat (22 September 2006)
Masa: Pagi hingga petang

Menu:

Pagi

Mihun
Lontong
Sandwic
Nugget
Telor rebus
Teh O
Nasi Impit
Kuah lodeh
Sambil tumis

Tengah hari

Nasi putih
Rendang ayam
Nasi Impit
Kuah kacang
Kuah lodeh
Sambil tumis
Lodeh
Rendang ayam
Sambal kacang/Sambal tumis
Nasik putih
Air Sirap limau


Petang

Roti Jala
Agar² Jelly
Spagetti Boloignaise
Air Sirap limau

Notes:

Sila bawak sendiri pinggan, cawan & sudu sendiri dari rumah ye….

Sesiapa yang nak secara sukarela nak bawak juadah lain, dialu²kan ye. Tq!

Don't worry, makanan disediakan oleh chef-chef terkenal. Makan je lah.... :)

Itulah makanya, maka seusai sahaja sesi makan2 ni, maka kita akan bercuti selama dua hari dan bolehlah menunaikan ibadah puasa dengan family tercinta, bersahur dan berbuka bersama2. Saat ini, aku miss tahun ni. Tapi itu tidak bermakna aku keseorangan walaupun tanpa keluarga di sisi. Ini kerana ada my luvly asben yg akan menemani di kala sahur, tetapi tidak tercapai hasrat utk berbuka berbuka bersama setiap hari kerana kengkangan masa berkerja yg tak sama. Apa boleh buat… mungkin next year aku boleh melalui saat2 manis itu bersamanya. Kan my dear, kan..;)

No comments: