Terima kasih sangat2!

f@sy@ f@ziD@ (^^)

Sunday, October 13, 2013

Fefeeling Nigella in d' House!


Hampir setiap petang minggu, saya akan 'menari' di dapur. Lazimnya, saya akan memasak untuk sarapan dan kemudian akan memasak untuk makan tengah hari pula. Rutin sebagai seorang isteri dan ibu tidak pernah padam selagi hayat di kandung badan. Semakin anak-anak membesar, semakin 'demand' mereka tinggi untuk makanan itu, makanan ini, minuman itu dan minuman ini. Saya rasa pinggang saya seperti nak patah apabila tiba hujung minggu.

Sememangnya hujung minggu adalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua orang kerana itu peluang untuk berehat selepas 5 hari bekerja. Namun, sesungguhnya bagi wanita bekerjaya seperti saya dan anda semua, dua hari Sabtu dan Ahad ini bagaikan berlalu dengan pantas. Kerja rumah harus pantas dilakukan bagai lipas kudung. Tak menang tangan melayan apatah lagi anak-anak masih kecil. Dalam masa yang sama, tak ingin melihat rumah bagai tongkang pecah. Mainan hanya boleh dimain di dalam bilik. Air, makanan tumpah. Itu sudah biasa. Tugas menyapu sahaja berkali-kali dilakukan dalam sehari. Namun, saya tahu dan sedar, bahawasanya zaman kanak-kanak bagi 3 permata hati saya bakal berlalu dengan pantas jika saya tidak mengendahkan mereka.

Maka, oleh sebab itu saya melayan sahaja pelbagai kerenah mereka, kerana dalam kerenah itu adakala terselit 'kenakalan' yang membuatkan saya tersembur ketawa, sehingga Adam, Ayrinn atau Ayraa terus tergelak besar dan memeluk saya kerana saya sudah tidak tertahan dengan fi'il mereka. "Mama sayang kamu bertiga!" Petang ini, tanpa sesekali tidak terlepas tanggung jawab dek kerana Adam dan Ayrinn asyik mengulang dapur. Buka peti sejuk, cari nata de coco, dapatkan air, puas berlari dan bermain, mencari makanan jajan pula. Aduyai... walaupun makan nasi dah bersuap, tapi tetap mereka asyik mencari sesuatu. Mungkin lapar akibat aktif bermain.

Memandangkan mozarella cheese saya hanya digunakan sekali dan masih berbaki, maka saya pun mula mencari-cari apa menu hi tea untuk petang ini. Akhirnya, terhasillah... *fefeeling ala Nigella*


Nigella Crustless Pizza

Bahan-bahan:
1 biji telur
2/3 (2 pertiga) cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 cawan keju cheddar (diparut) - *saya guna keju mozarella
Hirisan sosej (topping) *Boleh juga dimasukkan hirisan ayam dan capsicum
Sedikit Mix herbs

Cara-caranya:
1. Masukkan telur, tepung, garam, lada hitam, dan susu segar. Gaulkan rata dan sebati.
2. Masukkan separuh daripada keju yang diparut ke dalam adunan tadi. (*Separuh lagi akan ditabur di atas piza nanti.)
3. Letak di dalam bekas yang sesuai (ada yang letak di dalam bekas kaca bulat tahan panas oven.)
4. Bakar selama 30 minit (api atas bawah), suhu 200 darjah celcius atau sehingga tepinya keperang-perangan.
5. Kemudian, keluarkan seketika untuk meletakkan kepingan sosej, cheese, dan mix herbs di atas piza.
6. Bakar semula lebih kurang 5 minit (sehingga keju cair.)

Okey, dah siap! Mudah kan? Resipi kat sini mudah-mudah saja uols! Khas ibu & wanita bekerjaya yang mahukan resipi ekspress dan lazat untuk ahli keluarga. Air tangan tu paling penting tau...!
Hmmm.. pasni, bolehlah anda fefeeling hi tea ala western bersama keluarga tersayang. Muacks!!!

2 comments:

Unknown said...

Fazid, yg no 2 tu masa madukkan keju, nak digaulkan jugak atau tabur atas adunan jer...

fasyafazida said...

lynn, gaul gitu2 je. sbb cheese tu akan melt juga dalam adunan tu.