Terima kasih sangat2!

f@sy@ f@ziD@ (^^)

Friday, April 09, 2010

Sama saja...

Gegendang telinga aku didengarkan lagi dengan hiruk pikuk suasana itu yang aku sendiri kadang kala tidak tahan lagi menadah telinga untuk mendengarnya. Mujur sayang itu masih laku. Jika tidak, mahu saja kuhumbankan jauh-jauh. Apalah salahnya jika kau hidangkan suasana damai untuk aku rasai ketenangan waima sejenak cuma.

Seumpama bergelandangan di jalanan. Hatimu tetap keras, sekeras batu. Tapi, jika air menitis setiap hari di atas batu itu, pasti akan berlekuk jua. Namun hatimu lebih keras daripada itu. Sukar untuk berlekuk mahupun dilekukkan.

Suci mulus benar wajah itu. Terkesima aku melihatnya. Dia tidak memahami apa-apa. (Buat masa sekarang) Namun, aku yakin yang dia semakin memahami. Kasihan dia...

No comments: