Kabinet dapur KC kitchen cabinet berona merah menjadi idaman hati saya. Penat google, selak majalah IMPIANA & Dapur Impiana. Adakala terpaut juga pada rona putih, kadang-kadang kalau kena gaya, terpaut pula pada rona coklat. Beginilah hati. Bukan mudah untuk buat pilihan. Bajet pun kena difikirkan.
Saya tahu ramai yang suka survey untuk cari design kabinet dapur yang diinginkan. Macam saya dululah. Hehehe... Ini tambah satu lagi perkongsian untuk anda yang sedang mencari-cari kitchen cabinet idaman. Kabinet dapur ini akhirnya saya tempah dari seorang yang memasang panel di satu karnival. Dia yang kami kenali sebagai Wak rupa-rupanya beroperasi di kedai kecilnya di Bukit Raja. Setelah terpesona dengan contoh kabinet daripada gambar albumnya, dan juga melihat sebut harga (quotation) secara kasar, kami yakin untuk menempah dengannya. Sebab apa harganya murah daripada yang ada di pasaran? Sebab, Wak potong sendiri pintu kabinet dan pekerjanya anak buahnya. Memang berbaloilah harga yang saya dapat. Plus, Wak bagi percuma pull out cabinet tu.
Sebelah kanan ni panjangnya 12 kaki. |
Pull out cabinet yang saya berjaya dapatkannya secara percuma ! Thanks... |
1- Kenal pasti kegunaan ruang dapur anda, sama ada untuk dapur basah atau dapur kering (atau kegunaan kedua-duanya sekali).
2- Kenal pasti material yang anda pilih untuk dapur anda. Paling penting untuk dapur basah. Pilihlah table top konkrit dengan 2x2 tiles, ataupun Granite, marble, solid surface. Mieco top Ada yang kata ok, tapi tengok cara penggunaan. Sebab lama-lama Kayu Akan reput bila selalu terkena air. Untuk dapur kering, tak perlu risau sangat. Apa jua material pun boleh. Boleh juga rujuk di laman ini http://kabinetdapur4u.blogspot.com/2011/02/table-top.html.
3- Pemilihan warna pun penting. Di samping menaikkan mood memasak, ia juga menampilkan personaliti seseorang. *rona merah putih menampilkan diri saya yang ceria! Hehehe
Anda juga boleh menggabungkan warna pilihan. Cakap saja pada designer, pasti dia boleh menghasilkannya melalui lakaran 3D.
4- Rekaan juga memainkan peranan penting. Ada ruang dapur yang besar merupakan bonus untuk anda membuat island pada dapur. Saya suka! Ada yang suka membina tall unit untuk memasukkan barangan kering. Lebih mudah untuk mengambil kerana rak yang boleh ditarik keluar. Island, Boleh rujuk di laman ini http://www.isdkabinetdapur.com/susun-atur-dapur.html. Atau http://kabinetdapurmy.blogspot.com/
5- Pilihan pelbagai aksesori juga boleh anda pilih. Google dan anda akan dapati banyak pilihan. Untuk pintu dapur, boleh pilih jenis built in (macam saya supaya anak kecil tak main buka tutup pintu kabinet, dia tak dapat cari tombol..hehe) atau pilihan yang ada pemenang atau tombol, bergantung kepada jenis kabinet anda. Anda juga boleh dapatkan pull out cabinet secara PERCUMA jika anda bijak tawar-menawar dengan pereka kabinet anda. ;)
3 comments:
Ala fazid...kabinet kitchen aku baru jer siap....baru kau nak buat entry ni...mcm ni berapa kos semua?
Ala fazid...kabinet kitchen aku baru jer siap....baru kau nak buat entry ni...mcm ni berapa kos semua?
Kabinet ni Dah lama elyn. Baru aku buat entry. Entry deko Ada dlm list draft, nak menaip tu Amik masa. Aku Dah pm ko ek.
Post a Comment