Terima kasih sangat2!

f@sy@ f@ziD@ (^^)

Monday, October 07, 2013

Crispy Nugget Popia with Cheese - Resipi Olahan Sendiri


Hmm... Semasa saya update status di Facebook tentang sarapan pagi dan minum petang saya dengan Popia Nugget with Cheese ini, ada yang bertanya, "Ida, kena goreng dulu ke nugget tu?". Tidak kurang yang bertanya, "Macamana gulung cheese dengan nugget kat dalam tu?"

Baiklah, sebenarnya status saya tu ter 'advance'. Saya tak sempat buat entri tentang resipi dan cara pembuatannya. Untuk merungkai persoalan-persoalan tadi, di sini saya sertakan resipi mudah yang saya sendiri pun tak pernah terjangkau membuatnya. Ini semua gara-gara roti Gardenia yang dibeli untuk bakar dan taruk cheese sudah dihabiskan oleh anak-anak tersayang. Jadi, fikir punya fikir, buka peti sejuk dan belek apa yang ada, maka terhasillah resipi mudah ini. Hew...hew...

Crispy Nugget Popia and Cheese

Bahan-bahan:
20 keping nugget
1 bungkus Kepingan keju cheddar (yang ada 6 slice)
1 bungkus kulit popia saiz kecil
Sedikit air masak untuk gamkan hujung kulit popia yang telah digulung
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya: (kali ni kita layan gambar ye puan-puan)
- Goreng nugget.
- Setelah agak sejuk, potong atau gunting nugget secara dadu.
- Potong/hiris sekeping cheese kepada 5 bahagian.
- Hamparkan bentangkan kulit popia.
- Letakkan sekeping cheese tadi di atas kulit popia.
- Kemudian, letakkan potongan nugget kecil tadi (anggaran 7 butir) ke atas cheese tadi.
- Gulung dan lipat tepi popia, dan gulung sehingga ke hujung.Gamkan hujungnya dengan air.
- Buat sehingga habis.
- Goreng hingga kekuningan.

hMm ... Cheese nya melting di dalam kulit popia. Makan panas lagi best! Mmm... Dap! Dap!Dap!

**Boleh menghasilkan 30 unit popia rangup. Selamat Mencuba resipi ikhlas dari hati saya... Buat anda yang membaca entri ini.
#nantinaktryciptaresipimudahyanglainpulak# Anda semua suka tak...? Ngeh ngeh...

8 comments:

hasnitasawal said...

Wah seronoknya tgk step by step masak...teruskan lg post byk2 entri camni ye Fasya :)

fasyafazida said...

Step-by-step klu ada request n sempat amik gambar kakak. Hehe..ida suka baca entri akk ttg anak2. Terharu, insaf semua ada. Thanks sharing Byk perkara ttg anak2.;)

Unknown said...

Nak try lah buat nanti....tq fazid kasi aku idea

Unknown said...

Nak try lah buat nanti....tq fazid kasi aku idea

fasyafazida said...

idea mudah dan ringkas lin. mesti adam n maya suke.. hihi..

Unknown said...

Sbnrnye ibu dia yg lebih....hehehe...sbb ada cheese tu yg best tu...

Unknown said...

Sbnrnye ibu dia yg lebih....hehehe...sbb ada cheese tu yg best tu...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.