Wah! Wah! Wah! Diam tak diam, sudah masuk rumah baru pada Mei 2012. Ketika itu, saya baru berpantang anak ketiga lebih kurang sebulan. Adik-beradik dan keluarga serta makcik pakcik menolong kami berpindah. Mujur saya telah mengemas barang-barang sebelum bersalin.
Bagi kami sekeluarga, semenjak berkahwin, kami pernah merasa menduduki 3 buah rumah. Pertama, sebaik sahaja kami berkahwin, kami terus menyewa beli sebuah rumah di Taman Sri Puteri, Meru, Klang. Dalam tempoh lebih kurang sebulan sebelum bernikah, kami terlebih dahulu mencari-cari rumah untuk kami diami selepas berkahwin. Alhamdulillah, sudah rezeki kami, akhirnya kami berjaya menemui rumah dengan harga yang bersesuaian. Walaupun rumah tersebut rumah 'second-hand', tetapi amat selesa untuk kami berdua diami. Memang tujuan kami tidak mahu menyewa atas alasan, 'bayar sewa berbulan-bulan, tapi rumah bukan hak milik sendiri'.
Sewaktu membeli rumah tersebut, harganya cuma RM120k. Bolehlah sebagai pasangan yang baru hendak memulakan kehidupan sendiri, berdikari, sedikit jauh daripada keluarga sendiri. Rumput yang panjang serta pokok inai yang berakar tunjang kuat telah berjaya kami tebas. Menurut jiran sebelah-menyebelah, jika dahulu tiada siapapun yang berminat untuk membeli rumah tersebut kerana keadaan halamannya yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Namun, setelah kami duduki dan bersihkan, jadi indah pula. Manakan tidak, rumah tersebut kami simen sepenuhnya, dinding luar dan dalam, saya cat sepenuhnya dengan tulang 4 kerat saya sendiri. Encik suami saya tidak minat kerja-kerja begini. Hehehe... Lagi pun, memang Sejak dulu saya gemar DIY atau hasilkan kerja yang saya rasa saya mampu lakukan.
Rumah lama kami. Kerusi taman pun dok dalam rumah. Tapi, saya suka... :) |
Ruang tamu berwarna peach, ruang dapur berwarna hijau, frame pintu bilik warna pink fuschia, manakala grille dan gate saya cat rona off white. Dinding bahagian luar saya cat warna kuning. Ketika itu, tahun 2005, rona kuning popular. Kebanyakan rumah berat rona itu. Untuk tampilkan kelainan, saya cat rona peach (lebihan cat di dalam rumah) di bahagian tiang dan beberapa tempat tertentu. Tidaklah semuanya nampak kuning, kan? ;)
Tip Sebelum Masuk Rumah
Sebelum masuk rumah, banyak aspek perlu diambil kira. Antaranya:-
1- Kenal pasti point untuk lampu dan kipas. Beli lampu dan kipas di HOuse of Lighting, Puchong yang glamor itu. Tempat tumpuan untuk mendapatkan barangan dengan harga murah!
2- Bersihkan rumah. Cuci-cuci. Mop lantai, bersihkan sawang, dan sebagainya.
3- Buat kunci pendua. Itu penting!
4- Jangan lupa baca surah Al-fatihah dan 3 Qul. Amalkan juga membaca surah Al-baqarah.
5- Laungkan azan sebelum masuk ke dalam rumah baru. Rumah yang lama ditinggalkan biasanya dihuni oleh makhluk yang kita tidak nampak. Hati-hatilah ye. Semoga kita semua berada di bawah perlindungan Allah SWT.Kemudian, setelah 4 tahun mendiami rumah tersebut, kami mengambil keputusan untuk mendapatkan rumah lain. Faktor anai-anai menyebabkan kami terpaksa membuat keputusan drastik. Saya tidak tahan geli mendengar alunan krik krik anai-anai pada setiap malam di bahagian bingkai pintu bilik air. Oh... Teringat-ingat betapa geli geleman saya, walaupun tidak melihat, tetapi mendengar bunyinya sahaja sudah membuatkan saya merinding.
Rezeki kami baik apabila ditemukan dengan rumah yang kami diami kini. Tempoh 2 tahun untuk rumah ini siap sepenuhnya memaksa kami mendapatkan rumah sewa. Tapi, saya memang agak cerewet bab rumah. Walaupun sekadar rumah sewa, saya tetap ingin mencari yang cantik dipandang mata saya dan selesa. Kami meronda-ronda sekitar Meru dan akhirnya tidak jauh dari rumah kami, kawasan perumahan baru di bawah Bandacaya. Lengkap pergola, 4 bilik 2 bilik air. Memang selesa! Paling penting, ia rumah Baru! Dan... Rezeki kami, rumah itu tinggal satu unit sahaja. Tuan rumah /tuan tanah mempunyai 4 pintu rumah ( klu x silap) dan kami dapat rumah yang terakhir itu. Mulut perlu ramah untuk bertanya kerana lazimnya mereka tidak menampal atau menggantung iklan rumah untuk disewa. Di kawasan sekitar Meru ini, rumah laris bagai pisang panas. Hari ini keluar, esok sudah ada yang masuk. Maka berpindahlah kami buat kali kedua. Masa pindah kali pertama, tidaklah teruk mana, sebab barang yang diangkut dari rumah orang tua masih dalam kawalan. Tetapi, setelah hidup berkeluarga dan beranak dua, barang-barang teramat banyak. Kebanyakan barang tidak saya keluarkan, kerana selepas 2 tahun, akan berpindah ke rumah yang telah siap sepenuhnya.
Selama 2 tahun menetap di sana, seronok mengenali jiran-jiran. Sempat juga melahirkan anak ketiga dan berpantang sebulan di sana. Saat itu memang tidak akan dapat saya lupakan. Berpindah ke rumah kini juga memang teramat banyak barang. Dan...encik suami kata, kami dah 'taubat' tak mahu berpindah lagi. Fuuhhh!!!! Penat tau pindah rumah. Harap-harap kami tak berpindah lagi. Kami ingin meneruskan kehidupan di sini bersama keluarga kecil kami.
Maaflah...saya memang suka warna-warna terang. Tapi, semenjak dua menjak ni dah mula mencintai brown, gold. |
1 comment:
Sis... Rumah sis yg ada anai2 tu da jual ke? Sy bakal berkahwin.. Mencari rumah.... Farra 01111548011fara harap sis dpt membantu
Post a Comment