Hari raya hari tu saya sempat buat POPIA NESTUM. Masa tu, saya memang ada tempah dengan rakan sepejabat, namun saya lebih tertarik untuk menghasilkannya sendiri kerana saya menggemarinya. Anak-anak juga begitu. Prinsip saya, kalau sekeluarga gemar, lebih baik hasilkan sendiri. (Sebab... kalau beli memang tak cukup!) Lebih menjimatkan dan dapat kuantiti yang banyak dengan kos yang minima. Apalagi, saya pun mencuba resipi sendiri setelah saya melihat label yang ada pada balang kuih raya tersebut tertulis. Bahan-bahan: Kulit popia, gula, nestum.
Namun begitu, lidah saya masih tak merasa kesedapannya yang maksima. Lalu, saya pun membuatnya sendiri tetapi kali ini saya mencampurkannya dengan SUSU TEPUNG (ada yang mencampurkan dengan HORLICKS) kerana rasa lemak susu itu yang akan membuatkannya lebih sedap. Kakak ipar saya juga mengakui yang popia nestum yang saya hasilkan lebih lazat berbanding yang dibeli. (Pesanan penaja: Bukan kembang hidung ye, tetapi seperti yang saya katakan, penangan susu tepung itu yang membuatkannya lebih lazat rasanya). Hihi… Kali ini saya tiada resipi khusus kerana saya suka-suki mencampurkannya. Agak-agak anda suka tahap kemanisan gula, nestum dan susu tepungnya.
POPIA NESTUM VERSI FASYA FAZIDA
Bahan-bahan:
Kulit popia (digulung, digunting dan digoreng sekejap) saya lekatkan kulit popia di hujungnya hanya menggunakan air, ada yang menggunakan bancuhan tepung gandum.
5 sudu Nestum (saya beli di kedai bakery)
3 sudu Susu tepung (saya beli di kedai bakery)
3 sudu Gula kastor
Cara-caranya:
Kisar kesemua bahan di atas, lalu gaulkan dengan popia yang telah digoreng tadi. Kalau tak cukup, bancuh lagi.
Memang sesuai buat kudap-kudapan walaupun pada hari biasa.
No comments:
Post a Comment