Aiskrim memang sedap di makan walaupun di dalam pendingin hawa. |
Cuaca panas-panas begini, memang sedap kalau dapat basahkan tekak yang agak kering dengan aiskrim (tapi cuaca sejuk pun layan juga...kan). Lebih sedap kalau aiskrim tu dibuat dengan jari-jemari dan tangan sendiri. Ye tak puan-puan? (Angguk tau. Kalau tak, nanti aiskrim tu tak menjadi. Hihihi…)
Oklah, saya buat aiskrim ni dan ngam-ngam dapat masukkan dalam bekas aiskrim (yang mak bekalkan nasi berlauk kenduri adik bertunang hari tu). Dulu ada juga saya buat aiskrim perisa oren sunquick, tapi saya tak dapat godek gambar tu dalam facebook sebab dah lama bebeno. Sebenarnya, resipi ni ada pelbagai versi.
Ais krim perisa jagung wallah! Boh ceri merah hijau pelengkap warna. Huhu... |
AISKRIM
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
½ tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla (ini saya tambah)
2 sudu besar pewarna atau any flavor yang anda berkenan. (Saya letak perisa jagung)
2 sudu kecil ovalette (cari di kedai biasa pun ada)
Cara-caranya:
Kisar semua bahan tadi. Masukkan ke dalam bekas. Sejukkan di dalam peti ais (tempat beku ye puan-puan. Mesti tahu, kan… huhu) Oh ya! Kalau anda rasa nak tabur chocolate rice ker, ceri ke, masukkan nata de coco ke, mix fruit ke atau apa saja yang dirasakan sesuai, masukkan je sekali sebelum ia membeku.
Selamat menikmati aiskrim yang sangat lazat dan … oh heaven!
No comments:
Post a Comment